Friday, March 12, 2010

Gigitan cinta ustazah khalwat

JOHOR BAHRU: Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.


Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.


Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.


Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.


Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

“Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.


“Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim,” katanya.


Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

5 comments:

  1. hhmmm..betul la kan..nafsu ni mcma2..uztaz pun bogel..uztazah pun lh lemas..

    ReplyDelete
  2. ada gambar tak..cmner gigitan tu?

    ReplyDelete
  3. harapkan pagar, pagar makan padi!

    harapkan ustazah, ustazah porn star lak!!!

    ReplyDelete
  4. jdi ustazah atau ustaz bukn btul2 drg tu minat,hrpkn dpt gaji tuk menmpung hidup sehari2 je Tuhan tu maha adil..

    ReplyDelete
  5. USTAZAH KE USTAZ KE PUN ADA NAFSU MACAM ORANG LAIN GAK .. KALU DAH NAIK SYOK HALAL HARAM DAH TAKLEH NAK ELAK, DAH NAIK SEDAP LUPA DAH SUMENYA! TUPASAL KALU DAH TAU TAKLEH TAHAN JANGAN NGADA2 DOK BERDUA DLM BILIK TU!..SKRANG APA DAH JADI, BARU MALU!!!!... TAK LEH PAKAI PUNYE ORG!!!..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: