Tuesday, March 2, 2010

Rebut RM75,000 di Suria FM


SURIA FM kini kembali menawarkan durian runtuh kepada pendengarnya menerusi peraduan Lagu Berduit sepanjang Mac ini.


CUKUP dengan hanya mendengar lagu kegemaran di radio, kini pendengar boleh memenangi sejumlah wang besar setiap hari apabila stesen radio popular, Suria FM muncul kembali dengan peraduan Lagu Berduit Suria FM tidak lama lagi.

Sebagai tanda penghormatan kepada peminat yang selama ini menunjukkan sokongan padu kepada Suria FM, peraduan itu memungkinkan sesiapa sahaja mendapat durian runtuh sehingga berjumlah RM75,000.

Peraduan Lagu Berduit Suria FM menemui umum mulai 1 hingga 28 Mac ini. Peminat perlu mendengar stesen radio itu dari pagi hingga malam untuk mengetahui apakah lagu misteri yang sangat bernilai bakal diputarkan.

Tiada peraduan lebih mudah dan ringkas seumpama itu. Pendengar hanya perlu mendengar Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Zizi. Seperti biasa, mereka akan memberi pembayang tajuk lagu berserta penyanyinya. Ia membolehkan orang ramai membawa pulang wang tunai berjumlah RM250 dengan serta-merta.

Setiap lagu yang dinamakan itu ke udara di Suria FM dan peminat dikehendaki menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SURIA LAGU dan hantarkan ke 33988. Sekiranya lagu yang diputarkan dalam versi nyanyian live, RM5,000 terus menjadi milik pemenang.

Untuk menyertai pertandingan itu, pendengar terlebih dahulu harus mendaftarkan diri sebagai Suria VIP dengan keahlian seumur hidup. Dengan menaip VIP NAMA PENUH NO KAD PENGENALAN dan hantarkan ke 33988. Dengan menjadi ahli Suria VIP, anda boleh berinteraksi dengan para penyampai serta menyertai mana-mana peraduan anjuran Suria FM.

Apa yang menjadikan Lagu Berduit Suria FM itu lebih menarik, lagu yang didendangkan dalam versi unplugged itu dilagukan sendiri oleh artis secara eksklusif di Suria FM. Cuma bila lagu itu ke udara adalah menjadi rahsia.

Justeru, pendengar perlu sentiasa peka dengan setiap pembayang yang berikan oleh mana-mana penyampai Suria FM. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, anda bolehlah melayari www.suriafm.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: