Sunday, March 28, 2010

RCD Concepts turut menaja


Skrin belakang untuk rancangan Mentor ini adalah hasil kreativiti RCD Concepts.


ACARA kemuncak Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2010 yang berlangsung di Hotel Legend, Kuala Lumpur semalam turut dijayakan oleh syarikat pengurusan acara, RCD Concepts Sdn. Bhd.

RCD Concepts menaja perkidmatan pencahayaan, sistem bunyi, pentas dan tirai latar (backdrop) bagi melicinkan perjalanan acara kemuncak tersebut. Mereka juga turut mencetak bunting yang memaparkan wajah 12 finalis untuk dihias di dalam dewan.

"Kami sangat gembira dapat bersama-sama pihak penganjur dalam acara yang diadakan bagi mencungkil bakat baru dalam bidang seni ini.

"Ini juga sebagai satu tapak untuk kami mempromosikan perkhidmatan yang boleh kami tawarkan kepada semua pihak," kata Eksekutif Pemasaran RCD Concepts, Aida Ahmad kepada Pancaindera.

RCD Concepts mendapat kepercayaan stesen-stesen televisyen untuk membekal dan menyediakan sistem pencahayaan, pentas, set, backdrop dan memasang skrin LED.

Antara program utama yang menggunakan khidmat kami ialah Anugerah Juara Lagu, Karnival Jom Heboh, Gangstarz, One In A Million dan banyak lagi.

Kerjasama dengan Pancaindera untuk bersama-sama menjayakan Pencarian Kacak Bergaya bertitik-tolak daripada idea Aida sendiri yang ingin menjalinkan kerjasama dengan Kumpulan Utusan.

"Saya lontarkan idea kepada Pengarah Syarikat, Rozaimi Che Di untuk turut bersama-sama dalam acara ini dan beliau berminat. Pembabitan kami ini tidak berteraskan keuntungan sebaliknya lebih kepada menjalin kerjasama.

"Kami menyediakan perkhidmatan koordinator acara, pengurusan acara, hari keluarga, sistem pencahayaan, sistem bunyi dan visual, cetakan digital, mereka konsep acara, pentas dan pembinaan set.

"Objektif kami ialah menyediakan perkhidmatan dengan taraf tinggi dan memuaskan hati pelanggan. Kami juga mempunyai tenaga kerja mahir dan berpengalaman dalam mencapai hasrat itu," jelasnya.

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat RCD Concepts yang beroperasi di Taman Industri Alam Jaya, Bandar Baru Puncak Alam, Selangor, boleh menghubungi talian 017-3444475 atau 012-9046449.

Jadi model Jamu Vigor

Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2010 yang ditaja majlisnya oleh Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. sebagai penaja mendapat pujian pengarah urusannya S. Mohammad Gadaffi Syed Ali.

Jelas S. Mohammad Gadaffi atau lebih dikenali sebagai Habib, pihaknya mendapat impak besar dengan menaja majlis tersebut selepas menganjurkannya pada tahun lalu.

"Semasa final tahun lalu produk Jamu Vigor baru diperkenalkan. Kami mendapati ada kesan positif daripada penglibatan kami sebagai penaja utama pertandingan ini.

"Apatah lagi pemenangnya diambil menjadi penghias wajah Jamu Vigor yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

"Bertitik tolak daripada situlah kami sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan Pancaindera pada tahun ini. Kami harap promosi berpanjangan selepas tamat pertandingan ini akan menunjukkan peningkatan terhadap penjualan produk kesihatan yang dikeluarkan oleh Jamu Mak Dara," katanya.

Habib juga percaya Pancaindera mempunyai pengaruh yang kuat untuk meyakinkan pembaca terhadap produk yang diiklankan melalui sisipan tersebut.

Dalam masa yang sama Habib juga sedang mempertimbangkan pemenang pencarian Kacak Bergaya Vigor 2010 untuk diambil menjadi model produk jamu untuk lelaki itu.

Selain Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., acara tersebut turut dijayakan dengan kerjasama beberapa penaja lain antaranya AirAsia, Istana Budaya, Rahman Saif, Gedung Al-Habshee dan Noor Arfa Batik.

Peserta juga turut mendapat khidmat latihan peragaan daripada Artiste At Vouge milik model Aleeza Kasim.

Sementara itu majalah URTV dan Mangga Online dilantik sebagai majalah dan portal rasmi dengan mempromosikan aktiviti peserta sebelum pertandingan berlangsung.

Laporan penuh mengenai acara kemuncak itu bakal disiarkan minggu depan di dalam akhbar ini.

Selain mencari juara diantara 12 peserta, ia turut melibatkan pengumuman Anugerah Pilihan Pembaca Pancaindera yang diangkat daripada pilihan pembaca kami melalui SMS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: