Tuesday, March 16, 2010

Polis Israel kawal ketat Masjid Al-Aqsa


BEBERAPA anggota polis mengawal dekat perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis kelmarin.


BAITULMUQADDIS - Polis rejim Zionis semalam mengekalkan kawalan ketat di pintu keluar masuk Masjid Al-Aqsa yang menjadi kawasan suci masyarakat Islam pada hari keempat selepas ketegangan berlaku antara penduduk Muslim dengan Yahudi.

Pihak berkuasa khuatir pergelutan terbaru akan membawa kepada pembukaan semula sebuah kawasan rumah ibadat di Baitulmuqaddis di tembok Bandar Lama yang berada di dalam kawasan timur Baitulmuqaddis.

"Menimbangkan risiko yang berlaku, pihak polis mengekalkan amaran dan kawalan ketat di pintu keluar dan masuk di kawasan itu," kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld.

Sejak Jumaat lalu, lelaki yang berumur 50 tahun dan bukan beragama Islam dilarang daripada memasuki kawasan berkenaan.

Ketegangan itu berlarutan berikutan pengumuman Israel bahawa rejim Zionis akan membina 1,600 buah rumah baru di kawasan timur Baitulmuqaddis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: