
BAITULMUQADDIS-- Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu cuba untuk meredakan ketegangan diplomatik yang serius dengan Amerika Syarikat (AS) dengan meminta agar semua pihak bertenang.
Netanyahu melakukan tindakan itu selepas AS menyuarakan satu lagi kritikan tegas berkaitan rancangan Israel untuk membina 1,600 pangsapuri baru untuk orang Yahudi di timur Baitulmuqaddis.
Berikutan ketegangan tersebut, Israel mengarahkan ratusan pasukan keselamatan berkawal di sekitar Bandar Lama Baitulmuqaddis.
Tentera Israel turut menghalang penduduk Palestin daripada memasuki Tebing Barat.
Hubungan Israel dengan AS yang sudah sedia tegang bertambah buruk apabila ia mengumumkan pelan pembangunan semasa Naib Presiden AS, Joe Biden melawat AS.
Pengumuman itu nyata memalukan pentadbiran Presiden AS, Brack Obama selain meletakkan rundingan damai secara tidak langsung dengan Palestin dalam bahaya.
Netanyahu bagaimanapun tidak memberi sebarang penjelasan sama ada akan membatalkan pelan pembangunan tersebut.
"Israel dan AS mempunyai kepentingan bersama. Namun, kami akan bertindak berdasarkan kepada kepentingan utama negara Israel," katanya semasa mesyuarat Kabinet.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: