![]() |
| BANYAK mata kini tertumpu kepada Kathryn Bigelow dan ramai yang mahu dia dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik. |
ASANYA inilah pertempuran sengit dalam kategori Pengarah Terbaik sepanjang 81 tahun Oscar dianjurkan.Mengapa? Buat pertama kalinya, untuk kategori ini menyaksikan saingan antara bekas suami isteri yang sama-sama mempamerkan hasil kerja yang hebat.
James Cameron dicalonkan menerusi filem Avatar yang merupakan filem terhebat dan terlaris abad ini.Manakala, bekas isterinya, Kathryn Bigelow pula menerima pencalonan menerusi filem The Hurt Locker.Kedua-duanya, Cameron dan Bigelow bukan calang-calang pengarah kerana kalau mereka tidak hebat, memang mustahil untuk mereka berdua menembusi tembok kebal senarai pencalonan.Apatah lagi, kedua-dua filem mereka merupakan antara karya terbaik sepanjang tahun lalu dan mungkin juga untuk abad ini.
Cameron begitu cemerlang menerusi filem Avatar yang memberikan dimensi baru dalam sejarah pengarahan serta penerbitan filem dunia.Pelbagai sejarah telah dicipta Avatar sehingga meletakkannya filem nombor satu di dunia lalu menjadikan Cameron juga sebagai raja filem dunia.Seperti mana kejayaan Cameron sebelum ini menerusi filem Titanic kira-kira 12 tahun lalu, memang tidak mustahil untuknya mengulangi kejayaan yang sama.
Siapa yang dapat lupa kehebatan Titanic yang merangkul 11 anugerah daripada 14 pencalonan yang diterima pada tahun 1998 termasuk Pengarah Terbaik untuk Cameron.Semua mata tertumpu kini kepada Cameron dan hanya menunggu sama ada Avatar mampu mencipta kejayaan serupa seperti Titanic.Kali ini, Cameron hanya mampu berpuas hati dengan sembilan pencalonan yang diterimanya dan bukan itu sahaja, angka itu juga perlu dikongsinya bersama filem The Hurt Locker.Persoalannya kini, mampukah Cameron mengulangi kejayaan kali kedua selepas 12 tahun dia memenangi Oscar pertamanya?Memang tidak dinafikan, filem Avatar ditangani dengan baik oleh Cameron yang telah memberikan satu pengalaman baru kepada sinema dunia.Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan filem sains fiksyen yang sebahagian besar keseluruhan filem tersebut dihasilkan dengan teknik pengimejan penjanaan komputer (CGI).
Apatah lagi Avatar mengambil masa yang lama untuk dihasilkan dan siapa sangka, ia mampu menjadi fenomena yang cukup luar biasa.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: