Saturday, March 6, 2010

Peminat CNBlue marah media


PEMINAT fanatik CNBlue tidak senang dengan salah lapor media mengenai idola mereka ini.


GARA-GARA artikel pihak media yang melaporkan kesilapan nyanyian salah seorang ahli CNBlue, Jung Yong Hwa, peminat-peminat kumpulan tersebut bengang dengan artikel berkenaan dan menganggapnya sebagai laporan palsu.

Dalam artikel tersebut, ketika mengadakan persembahan dalam program Music Bank, saat membawakan lagu I'm a Loner, Jung Yong Hwa dikatakan terlupa lirik dan dikritik hebat oleh beberapa media.

Bagaimanapun, apabila para peminat kumpulan tersebut menyaksikan semula persembahan mereka melalui video yang telah dirakam, ternyata komen yang diberikan media itu palsu.

Menurut salah seorang peminat CNBlue, ada beberapa pihak media yang kurang berpuas hati dengan kumpulan tersebut lalu memberi komen yang salah.

"Kami terkejut dengan komen yang diberikan. Mereka menyatakan bahawa Jung Yong Hwa terlupa lirik walhal kesemua mereka menyanyi dengan baik sekali. Sungguhpun mereka membuat sedikit kesilapan, ia tidak memberi kesan langsung pada kami.

"Jika mereka tidak tahu atau was-was dengan persembahan yang dibuat, mereka harus bertanya pada kami," tegas peminat tersebut.

Difahamkan, CNBlue sememangnya digilai oleh peminat-peminatnya di Korea dan mereka akan membalas semula segala kenyataan negatif yang diberikan sebagai respons kepada laporan media.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: