Sunday, March 28, 2010

Melodi cinta Rossa




MIMPI yang terlaksana adalah salah satu bukti kesungguhan yang direalisasi. Bakal mengadakan sebuah konsert di luar daerah tanah kelahiran, Rossa,32, merasakan langkah ini akan membawanya ke satu tingkat yang lebih tinggi dalam sejarahnya sebagai penyanyi.

"Jujurnya saya berasa sedikit takut untuk mengadakan konsert ini. Tetapi ini bukti mimpi saya menjadi nyata," ujarnya yang ditemui pada persidangan akhbar Konsert Melodi Cinta Rossa di Jakarta 18 Mac lalu.

Rossa akan mengadakan konsert di Stadium Putra, Bukit Jalil 29 Mei ini. Lebih daripada itu, dia juga merupakan promoter yang bernaung di bawah syarikat Lima Duabelas Musik.

Lima Duabelas Musik merupakan promoter dan pihak pengurusaan Rossa di Jakarta yang sekarang telah mula beroperasi di Kuala Lumpur.

15 tahun berada dalam payung industri seni, konsert sebegini menambahkan lagi keyakinan Sri Rossa Roslaina Handiyani.

Malah lagu-lagu hitsnya seperti Nada Nada Cinta, Tegar, Pudar, Wanita Yang Kau Pilih, Atas Nama Cinta, Hey Ladies dan Ayat-ayat Cinta pasti akan dinyanyikan bersama peminat penyanyi yang dianggap ikon oleh sesetengah pihak ini.

Ibu tunggal kelahiran Sumedang, Indonesia ini menanti dengan penuh debar namun akan memastikan persediaan rapi dilakukan bagi kelancaran konsert tunggalnya di luar Indonesia. Dia yakin tubuh kecilnya mampu memberikan impak yang besar buat peminatnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: