Sunday, March 28, 2010

Luvsierra cinta Syaira


Syaira Sajali


ANTARA bidang fesyen dan makanan, gadis bernama Syaira Sajali memilih kedua-duanya. Bukan bererti tamak, namun merasakan ia saling berkait, lantas gadis manis berusia 23 tahun ini menubuhkan Luvsierra Boutique Cafe sebagai lambang cintanya terhadap dua bidang itu.

Buat masa ini saya mahu tumpukan kepada fesyen dan makanan dahulu. Kemudian baru difikirkan sama ada ingin meneruskan pengajian atau menumpukan kerjaya dalam bidang seni bina,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini.

Menceritakan bagaimana dia boleh terlibat dengan perniagaan, Syaira berkata, daia sebenarnya sudah mula berniaga ketika masih menuntut lagi.

Kiosk kecil yang menjual pakaian di salah sebuah kompleks di Shah Alam itu mendapat sambutan yang amat memuaskan.

Selepas tamat belajar, dengan bantuan ibunya, Syaira mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka sebuah butik.

“Selain fesyen, kami berdua juga suka makan dan memasak resipi baru terutama kek. Lalu terfikir kenapa tidak diwujudkan sahaja sebuah butik kafe,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu lagi.

Dalam merealisasikan impiannya, Syaira turut terlibat menata hias ruang dalaman butik dengan mempraktikkan pengetahuannya tentang seni bina.

Ternyata hasilnya cukup menawan dan menepati cita rasa mereka yang gemar berfesyen, pada masa yang sama ingin membeli-belah dalam suasana santai serta selesa.

Sebagai sebuah butik kafe, Luvsierra turut menjual pelbagai jenis kek dan menu ala carte. Menariknya, kesemua kek yang terdapat di sini merupakan air tangan Syaira sendiri. Kek lobak merah antara yang paling digemari pelanggan. Manakala kek cawan, menurut beliau, turut menerima tempahan untuk majlis perkahwinan.

Kala berbicara mengenai fesyen, gadis ini berkata haruman merupakan item yang tidak boleh ditolak tepi.

“Haruman adalah pelengkap kepada fesyen yang menyelubungi tubuh,” katanya yang diberi peluang mencuba One Drop Perfume Set Wanita No.2.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: