|
Justeru, selaku penganjur Konsert Radio Rosak 1 Malaysia 2010, Neo Worldwide Entertainment memohon maaf di atas penangguhan kali kedua ini. Menurut pengarah projek Konsert Radio Rosak 1 Malaysia 2010, Edrie Hashim, antara sebab penangguhan kerana pihak penaja mempunyai agenda tersendiri dan perancangan yang lebih besar untuk Konsert Radio Rosak.
![]() Edrie harap peminat terus sokong "Untuk merealisasikan konsert yang melibatkan nama-nama besar dalam industri seni, banyak perkara yang perlu dirancang dan difikirkan, justeru beliau menerima saranan pihak penaja untuk penangguhan kali kedua memandangkan Radio Rosak telahpun mempunyai platform yang tersendiri dalam industri muzik Malaysia. "Penangguhan kali kedua Konsert Radio Rosak 1 Malaysia ini sudah pasti akan mengecewakan peminat-peminat Radio Rosak di seluruh negara, terutama yang sudah membeli tiket konsert sejak awal lagi dan merancang cuti semata-mata untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan konsert ini. "Saya harap, semua peminat muzik tempatan tetap setia memberi sokongan dan sabar menantikan Konsert Radio Rosak 1 Malaysia," kata Edrie. Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang selama ini menjadi nadi perjalanan kepada Konsert Radio Rosak 2009, dan sentiasa memberi sokongan padu kepada Neo |
Friday, March 5, 2010
Konsert Radio Rosak ditangguh lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konsert Radio Rosak 1 Malaysia 2010 yang dijadual pada 6 Mac 2010, Sabtu ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur akan ditangguhkan sekali lagi kepada satu tarikh tertentu yang akan dimaklumkan kelak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: