Thursday, March 18, 2010

Koleksi lagu cinta terhebat


CELINE DION


APABILA berada di alam percintaan, tidak dinafikan lagu dan irama sememangnya memainkan peranan yang cukup penting dalam menguatkan lagi perhubungan itu.

Lagu-lagu cinta diibaratkan sebagai lambang serta terjemahanbagi menggambarkan kesucian serta kehebatan cinta mereka itu.

Jika hendak disenaraikan lagu-lagu cinta, memang terlalu banyak dan ada yang sudah mencapai taraf malar segar di mana kalau mendengar berulang-kali, ia bisa membuatkan kita tersenyum sendirian.

Menyedari hakikat itu, syarikat rakaman Warner Music Malaysia berjaya menghimpunkan 90 buah lagu-lagu cinta terbaik menerusi koleksi terbaru terbitan mereka, Love Stories.

Menerusi enam buah cakera padat yang ditampilkan, peminat lagu-lagu cinta pasti akan berpuas hati dengan himpunan koleksi lagu-lagu cinta yang pasti akan membuai rasa anda.

Antara lagu yang ditampilkan dalam koleksi ini adalah seperti My Heart Will Go On oleh Celine Dion, You Raise Me Up (Josh Groban), Un-Break My Heart (Toni Braxton), Home (Michael Buble), How Do I Live (LeAnn Rimes) dan I Turn To You (Christina Aguilera).

Lagu-lagu lain termasuklah From A Distance nyanyian Bette Midler, It Must Have Been Love (Roxette), Rush Rush (Paula Abdul), You're In Love (Wilson Phillips), I Want To Know What Love Is (Foreigner) dan Don't Know Why (Norah Jones).

Bukan itu sahaja, album kompilasi ini turut menyelitkan sebuah lagu berjudul A Note To God nyanyian Charice yang merupakan anak didik terbaru penerbit dan komposer tersohor, David Foster selepas Michael Buble dan Josh Groban.

Dengan harga RM59.90 untuk enam keping cakera padat, pastinya satu kerugian besar seandainya anda melepaskan peluang untuk mendapatkan album kompilasi ini yang sememangnya berbaloi dengan wang anda.

Untuk itu, Utusan Malaysia ingin memberi peluang kepada lima pembaca bertuah memenangi album yang cukup hangat di pasaran ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk menjawab dua soalan berserta slogan seperti tertera di bawah ini.

1) Namakan salah satu lagu yang terkandung dalam album Love Stories.

2) Charice merupakan anak didik terbaru David Foster. Benar atau Salah?

3) Ceritakan kisah cinta anda yang paling menarik tidak melebihi 50 patah perkataan.

Kesemua penyertaan hendaklah disertakan dengan nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

Kemudian, hantarkan jawapan dan slogan beserta butiran peribadi ke alamat emel, warnermusiccontests@gmail.com sebelum atau pada 31 Mac 2010.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: