
Sebagai permulaan, Julfekar menerbitkan album ‘Bintang Idola’ yang menggabungkan finalis-finalis ‘Bintang Idola Anugerah Bintang Popular’ yang terdiri daripada tujuh penyanyi berbakat, iaitu, Nazatul (21), Farlyana, (17), Syazwani (16), Nurlida (28), Syaz (23), Zaki (20) dan Irwant (25).
Melihat dari pakej yang dimiliki oleh kesemua artis barunya itu, memanglah agak sukar untuk menandingi artis yang sedia ada dalam industri muzik tanah air. Namun bagi Julfekar, dia bukanlah komposer yang mementingkan rupa, sebaliknya lebih mengutamakan bakat.
“Mereka mempunyai suara yang bagus, tapi sayang tak ada pihak yang mahu ketengahkan bakat mereka. Jadi saya mengambil tanggungjawab ini hasilkan album mereka. Soal boleh jual atau tidak, saya tak kisah dan saya sedia tanggung risiko kerana inilah perjuangan saya dalam berkarya,” katanya yang telah mengeluarkan kos sebanyak RM40,000 untuk album tersebut.
Elak cinta 'anak didik' sendiri
Sebelum ini, Julfekar pernah mendedahkan hubungannya istimewanya dengan bekas ‘anak didiknya’, siapa lagi kalau bukan Farawahida. Namun nampaknya komposer ini tidak serik untuk bekerjasama lagi dengan artis perempuan walaupun pernah dilukai.
“Saya profesional dalam bekerja. Tapi sebagai manusia biasa, kita tak boleh lari dari perasaan itu. Buat masa sekarang, saya mahu fokus pada karier,” katanya yang ditemui pada pelancaran album ‘Bintang Idola’ di Mid Valley, baru-baru ini.
Tetap saman Farawahida
Julfekar yang telah memfailkan saman tuntutan ganti rugi terhadap Farawahida kerana melanggar kontrak pada 17 Ogos lalu, memberitahu kes itu bakal diperdengarkan pertama kalinya di Mahkamah Tinggi Shah Alam 19 April ini.
Baginya, tiada jalan mudah yang boleh dicapai kerana penyanyi hitam manis itu banyak membuatkannya mengalami kerugian setelah meletak jawatan serta–merta sebagai artis Millennium Arts pada 9 Februari lalu, sedangkan kontraknya sepatutnya tamat pada 19 Februari 2010.
“Saya rugi setengah juta dan atas nama maruah yang tercalar, saya harus menyamannya,” kata Julfekar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: