
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sejak diperkenalkan 1 Januari 2009, pihak polis telah dapat menyelesaikan sebanyak 1,015 kes tahun lalu berbanding 377 kes pada 2008.
“Itu merupakan satu peningkatan positif dan sistem baru ini mempercepatkan dan memudahkan polis menyelesaikan pelbagai kes seperti jenayah, orang hilang dan orang mati.
“Kebiasaannya, kita memerlukan sehingga tiga hari bagi mengesan sesuatu kesan cap jari namun melalui penggunaan sistem ini, ia dapat memproses maklumat tidak lebih dari 10 minit untuk mengenal pasti identiti penjenayah,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Ismail berkata, sistem yang beroperasi 24 jam itu mampu mengesan di antara 500 hingga 1,000 cap jari sehari, sekali gus mampu menyelesaikan lebih banyak kes dan dapat mencegah jenayah di negara ini.
Difahamkan, peningkatan data maklumat ini mampu membantu polis menyemak rekod penjenayah dalam tempoh singkat dan kini PDRM mempunyai sebanyak 1.3 juta data maklumat dalam sistem rekod jenayah.
Katanya, sehingga kini sebanyak 152 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara dilengkapi sistem Biofis yang dihubungkan terus secara elektronik ke Bukit Aman.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: