Wednesday, March 17, 2010

Jesus suka wanita berusia


JESUS LUZ


MODEL kelahiran Brazil, Jesus Luz, yang kini menjadi kekasih penghibur terkenal, Madonna, 51, mendedahkan masalah sukar serasi dengan wanita sebaya.

Jejaka tampan berusia 23 tahun itu memberitahu, pada mulanya dia tidak mengalami kesukaran berdampingan dengan kekasih sama umur.

"Entah bagaimana, lama-kelamaan apabila meningkat dewasa saya lebih cenderung keluar dengan wanita yang santai dan matang.

"Sejujurnya, saya suka melibatkan diri dalam hubungan cinta. Sebagai lelaki, saya mahu terikat dan ada komitmen dengan wanita. Cuma sekarang saya alami kesulitan merapati wanita muda dan bijak.

"Pilihan saya adalah wanita berumur kerana memudahkan perbualan tentang sesuatu topik, terutama pada isu berat," jawab Jesus yang matang lebih cepat berbanding lelaki-lelaki seusia dengannya.

Selain itu, Jesus berkongsi pendapat tentang persepsi kecantikan seorang wanita.

"Saya bercakap secara menyeluruh tanpa melibatkan nama Madonna sebagai rujukan. Kecantikan hanya penyumbang kecil terhadap kejayaan hubungan pasangan bercinta.

"Penting kepada kaum wanita punya semangat hidup tinggi dan berfikiran terbuka. Kecantikan selalu ditafsirkan penting bagi sesetengah orang, tetapi saya lebih gemar menilai kualiti lain.

"Dengan gaya sederhana dan sentiasa memandang jauh ke depan, wanita secara spontan sudah nampak cantik pada mata saya," tutur Jesus menerangkan definisi wanita sempurna idamannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: