Monday, March 15, 2010

Hiasan unik New Heritage




KECIL namun besar pengaruhnya. Itulah peranan perhiasan dalam mengindahkan sesuatu ruang. Walaupun bersaiz kecil namun kadang kala kewujudannya membantu. Dengan adanya aksesori sebegini, ruang yang kelihatan biasa lebih menyerlah dan hidup.

Dinding yang polos misalnya apabila dihiasi satu bingkai lukisan abstrak tidak kelihatan kaku dan membosankan.

Namun perlu diingat, perhiasan tidak boleh terlalu sarat kerana ia boleh menyebabkan ruang kelihatan sesak dan ibarat sebuah kedai.

Sebagai panduan, New Heritage dari Tangs, kompleks Pavillion memberi pilihan untuk menyerlahkan lagi ruang kediaman anda.

Segala-galanya ada di sini dari hiasan ruang tamu, dinding, meja makan, bilik tidur, tandas hingga dapur.

Variasi dari sekecil bekas lilin, coaster (tempat letak cawan) hingga bingkai, lampu, hamparan meja makan, sarung bantal dan banyak lagi, New Heritage menawarkan pelbagai pilihan.

Gabungan konsep dari beberapa negara pasti ada yang sesuai dengan sebarang tema yang anda ingini.

Konsep Oriental untuk mereka yang bercita rasa timur. Koleksi kotak serbaguna Qua (dari Vietnam) mungkin sesuai untuk anda. Dihiasi gambar burung Phoenix (burung dengan kedudukan paling tinggi dalam budaya masyarakat China) membawa maksud tuah dan kecantikan.

Atau pun balang-balang kecil dengan motif bunga dan bekas air panas dengan balutan benang pelbagai warna, membangkit nostalgia lama. Tradisional namun diberi sentuhan kontemporari.

Pilihan lukisan (dari Melaka dan Pulau Pinang) yang menceritakan kehidupan tradisi juga terdapat di sini. Juga bingkai bermotifkan kaligrafi Cina, ringkas tapi membawa maksud tersendiri.

Perhiasan dari Maghribi tidak ketinggalan mencuit perhatian pengunjung. Kotak-kotak dan pasu unik berwarna keemasan, perak dan tembaga menjadi penyeri ruang agar tidak membosankan.

Motif

Begitu juga dengan pilihan sarung kusyen menawan, didatangkan dalam pelbagai motif dan warna, menawan hati sesiapa saja.

New Heritage sangat sinonim dengan perhiasan unik dan tersendiri. Bekas lilin yang menawan, dihiasi bunga-bunga kaca mungkin menjadi pilihan anda.

Sangkar putih dibiarkan kosong bergantungan mampu menjadi penyeri sesebuah ruang. Juga boleh dijadikan tempat lilin wangi yang memberi aroma kepada ruang dalaman kediaman. Didatangkan dalam pelbagai pilihan, kosong atau berhias manik dan kristal menawan, memikat pandangan.

Peralatan dapur turut menarik perhatian. Dapatkan kayu penyepit unik sesuai untuk mereka yang baru belajar menggunakannya. Juga sesuai sebagai tarikan kepada kanak-kanak, untuk menikmati hidangan bersama keluarga.

Pelapik cawan dan gelas terdapat dalam pelbagai warna dan pilihan. Juga pinggan mangkuk unik, menjadikan saat menjamu selera suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Kotak-kotak penyimpan kecil dan besar, pelbagai warna dan motif mampu menyorokkan peralatan yang tidak diingini.

New Heritage sentiasa hadir dengan koleksi baru yang menarik dan unik. Mungkin tidak semua, namun tentu ada yang mencuri perhatian anda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: