
GELARAN pada kejohanan dunia sudah lama digenggam.
Kejohanan Super Series turut disapunya.
Kelmarin, kejohanan paling berprestij, Seluruh England pula berada dalam koleksinya.
Itu kejayaan yang disumbangkan oleh pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kepada negara sepanjang kariernya setakat ini.
Namun, di sebalik kejayaan kelmarin, dia masih belum puas.
Matlamatnya adalah untuk memburu pingat emas Sukan Olimpik selain berazam membantu skuad negara menjulang Piala Thomas tahun ini.
Itu dua tugas utama Chong Wei selepas ini meskipun peluangnnya untuk meraih emas Olimpik di London pada 2010 nampak sukar.
Mana tidaknya, ketika itu usianya sudah menjangkau 30 tahun dan sudah pasti prestasinya tidak sehebat sekarang.
Apa pun tiada yang mustahil jika dia terus mengekalkan disiplin diri selain terus bekerja keras untuk me- realisasikan hajat besar itu.
Dia hampir melakukannya pada Sukan Olimpik Beijing 2008, namun tewas kepada Lin Dan pada perla- wanan akhir.
Kini, nama Chong Wei sudah berada dalam buku rekod Seluruh England, kejohanan yang dianggap sebagai 'ibu' kepada semua kejohanan badminton di kalangan pemain terkemuka dunia.
![]() |
| SASARAN Chong Wei kini adalah untuk membantu negara menjulang Piala Thomas selain meraih pingat emas Sukan Olimpik. |
Jika gagal mencatat nama sebagai juara pada kejohanan ini, seseorang pemain itu merasakan karier mereka tidak lengkap.
Kemenangan Chong Wei pada Seluruh England kelmarin membukti- kan tiada siapa yang mampu menghalang pemain No. 1 dunia itu dari- pada meraih gelaran pada kejohanan paling berprestij tersebut.
Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagaimanapun berkata, Chong Wei perlu bekerja keras dari sekarang dalam misi memburu pingat emas Sukan Olimpik kelak.
"Kemenangannya kelmarin sudah dijangka dan kami di BAM mengharapkan Chong Wei akan terus me- ngekalkan prestasi sekarang sampai bila-bila.
"Untuk temasya Sukan Olimpik, kami memang sudah lama merangka program yang sesuai kepadanya termasuk pemain lain," kataya semalam.
Menurutnya lagi, semua program yang telah dirangka memerlukan pemantauan yang rapi kerana sekiranya ia didapati tidak sesuai, perubahan akan dilakukan.
Mengulas aksi yang dipamerkan Chong Wei pada perlawanan akhir Seluruh England menentang pemain Jepun, Kenichi Tago, Kenny memberitahu, ia adalah suatu perla- wanan yang boleh dikategorikan sebagai mencabar.
"Kami memang perasan pemain Jepun itu sejak dia muncul juara pada Kejohanan Remaja Asia di ibu negara tidak lama dulu. Dia memang mempunyai potensi untuk pergi jauh.
![]() |
| BAPA pemain badminton No. 1 dunia, Lee Ah Chai (kanan) membaca laporan akhbar Kosmo! atas kejayaan Chong Wei di Seluruh England. |
"Dia juga seorang pemain yang berkualiti," katanya.
Ditanya mengenai insentif yang bakal diberikan kepada Chong Wei, Kenny berkata, tiada sebarang ganjaran istimewa disediakan kecuali bonus terhadap kejayaannya termasuk dalam beberapa kejohanan Super Series sebelum ini.
Sementara itu, bekas pemain badminton perseorangan negara, Kwan Yoke Meng menyifatkan aksi separuh akhir yang dipamerkan Chong Wei ketika menentang pemain Denmark, Peter Gade lebih bertenaga berbanding perlawanan akhir.
"Aksinya pada perlawanan akhir kelmarin bukan yang terbaik. Memang saya jangka dia akan menang tetapi bukanlah dengan kemenangan tipis. Sebaliknya, mungkin mata lawan akan berada bawah 16.
"Chong Wei juga banyak membuat servis di tengah gelanggang sedangkan gaya serangan yang dimiliki Tago sungguh agresif," katanya.
Bagaimanapun, Yoke Meng tetap berpuas hati dengan kemenangan Chong Wei kerana Seluruh England itu memiliki reputasinya tersendiri.
Dalam pada itu, pemain perseora- ngan wanita negara, Wong Mew Choo turut melahirkan rasa bangga berikutan kejayaan yang diraih jaguh badminton negara itu.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Chong Wei dengan kejayaan- nya itu dan saya turut berasa gembira kerana dia telah mengharumkan nama Malaysia.
"Ia merupakan kejuaraan yang di- idamkan oleh Chong Wei."


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: