
AKTRES jelita, Deepika Padukone sebelum ini tidak pernah memberi masalah kepada orang sekeliling. Entah bagaimana, timbul cerita kurang enak apabila dia dikatakan telah mengguris perasaan aktor veteran, Nana Patekar.
Insiden tersebut bermula apabila pelakon berusia 24 tahun itu menerima panggilan Nana agar datang menjalani uji bakat filem baru yang belum diberikan judul.
Menurut sumber, biarpun nama Deepika belum sah memegang watak utama dalam filem itu, tetapi dia mula menunjuk bagus meminta Nana melakukan rombakan pada skrip filem itu.
"Semasa sesi uji bakat, Deepika beritahu Nana dia hendak buat perubahan pada skrip selepas membaca jalan cerita filem yang dirasakan kurang bersesuaian dengan dirinya.
"Tanpa disuruh, Deepika mula mengomel banyak perkara melibatkan skrip tulisan Nana tanpa mengambil kira perasaan individu yang juga bertindak sebagai tuan pengarah filem ini.
"Tidak mampu menahan sabar, Nana dalam nada kecewa meluah kata putus ingin menarik diri mengarah filem berkenaan gara-gara muak dengan mulut Deepika yang tidak henti memberi kritikan.
"Paling pasti, Nana cukup tersinggung dilayan buruk oleh pendatang baru dalam dunia seni seperti Deepika yang tidak tahu menghormati hati orang lain," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: