Friday, March 5, 2010

Hadiah Firefly RM500,000

SYARIKAT penerbangan komuniti negara, FlyFirefly Sdn Bhd (Firefly) menawarkan pakej percutian tambang murah untuk destinasi dalam dan luar negara sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2010 dari 12 hingga 14 Mac ini.

MENARIK...Angelina (belakang tengah) bersama kakitangan Firefly menunjukkan beberapa pakej ditawarkan sempena MATTA 2010.
MENARIK...Angelina (belakang tengah) bersama kakitangan Firefly menunjukkan beberapa pakej ditawarkan sempena MATTA 2010.
Ketua Pemasaran dan Komunikasinya, Angelina C Fernandez, berkata sempena pameran itu, pihaknya juga mensasarkan peningkatan jualan sehingga tiga kali ganda.


Beliau berkata, selain menyediakan pakej percutian pada harga murah, pihaknya turut memperuntukkan RM500,000 bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah ditawarkan sepanjang pameran berlangsung.


Menurutnya, lebih menarik, Matta 2010 kali ini bukan saja menawarkan pakej penerbangan destinasi pilihan Firefly, malah orang ramai turut ditawarkan penerbangan ke seluruh dunia melalui Penerbangan Malaysia (MAS).


“Kami menjangkakan untuk mencatat jualan RM1.5 juta sepanjang pameran berlangsung kerana yakin orang ramai pasti tertarik dengan tawaran harga penerbangan dan pakej percutian keluarga ditawarkan kali ini.


“Berbanding tahun lalu, kami percaya pakej percutian kompetitif ini akan menjadi tarikan Matta 2010 dan bagi pembelian tiket penerbangan bernilai lebih RM6,000, pelanggan berpeluang menerima telefon pintar Blackberry Maxis,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: