Tuesday, March 16, 2010

Gambar Bayi Ditemui Mati Di Surau!

image

KLANG: Kes pembuangan bayi dilaporkan apabila ia berlaku berhampiran surau sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi, di sini.
Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemui di dalam plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput di situ kira-kira 6.30 pagi.

"Bayi yang berkulit cerah itu ditemui dibalut dengan tuala dan dimasukkan ke dalam beg plastik sampah. Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih berdarah. "Mangsa dipercayai meninggal dunia sebelum dibuang kerana badan mangsa dibersihkan. Tiada kesan kecederaan ditemui pada mangsa," kata Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop.
Beliau berkata, mayat bayi berkenaan ditemui oleh seorang pekerja stesen minyak tersebut sebelum memaklumkannya kepada polis.
Kini, mayat bayi itu berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: