Friday, March 26, 2010

Emma tidak sertai konsert


EMMA BUNTON


BEKAS anggota Spice Girls, Emma Bunton tidak akan menyertai empat lagi bekas anggota kumpulan itu dalam konsert jelajah yang kembali menggabungkan mereka. Konsert itu dijadualkan berlangsung pada tahun ini.

Emma telah membatalkan penglibatannya dalam konsert jelajah itu kerana tidak boleh berjauhan dengan anak lelakinya yang kini berusia dua tahun. Tambahan, konsert tersebut akan memakan masa yang lama.

"Saya suka bikin muzik tetapi apabila terlibat dalam konsert jelajah, saya harus bekerja dengan kuat. Saya bukan lagi Emma yang dulu kerana saya kini sudah mempunyai anak.

"Tidak dapat saya bayangkan berjauhan dengan anak berbulan-bulan demi kerjaya. Namun, saya rasa bertuah kerana saya dapat merasai pengalaman yang berbeza dalam kehidupan," katanya.

Emma bersama anggota Spice Girls yang lain iaitu Mel B, Mel C, Victoria Beckham dan Geri Halliwell telah mengadakan konsert jelajah reunion pertama mereka pada Disember 2007. Ketika itu, anak lelakinya, Beau, baru berusia tiga bulan.

Pada ketika itu juga, semua anggota Spice Girls dibenarkan membawa anak dan orang kesayangan mereka menjelajah ke serata dunia.

"Bila saya pandang ke belakang, saya sendiri tidak pasti macam mana saya boleh menyesuaikan diri dengan situasi tersebut. Kehadiran Beau dan kekasih saya, Jade sangat penting, jadi biarlah saya utamakan keluarga, " luahnya.

Spice Girls telah berpecah pada tahun 2001 selepas tujuh tahun penubuhannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: