Monday, March 15, 2010

Cheryl halau Cole

LONDON: Cubaan Ashley Cole untuk memulihkan hubungannya dengan isteri, Cheryl, terus menemui jalan buntu apabila pemain pertahanan skuad bola sepak England itu dilarang bermalam di rumahnya, lapor media semalam.

pix_middle
Sebaliknya, penyanyi jelita kumpulan Girls Aloud itu menghalau Cole kerana tidak lagi dapat menerima kehadirannya gara-gara skandal seks pemain bola sepak terbabit.


Cole dilaporkan berharap diberi masa memenangi hati Cheryl jika dia boleh bermalam di rumah mereka.


Sebelum itu Cole diberi kesempatan terhad oleh Cheryl untuk bersemuka - kali pertama sejak kecurangannya terdedah kali kedua - dan menyatakan isi hatinya.


Sumber berkata, apabila Cole tiba di rumah 12 bilik itu, Cheryl tidak berselindung langsung dan menyatakan bahawa dia hanya mahu suaminya mengambil semua barang peribadi diperlukannya sebelum mereka disahkan berpisah.


“Cole patuh dan beberapa jam kemudian dia datang ke tempat latihan kelab Chelsea dalam keadaan amat murung,” katanya.


Menurut sumber itu, Cheryl, 26, pasti tidak membenarkan Cole bermalam di rumah mereka.


“Dia hanya membiarkan Cole datang semata-mata mengambil barangnya,” katanya.


Cole akhirnya bermalam bersama rakannya di Cobham sementara menunggu masa menjalani rawatan pemulihan pagi esoknya.


Sumber berkata, amat jelas ada sesuatu tidak kena pada Cole pada malam sebelumnya kerana dia kelihatan sangat muram.


“Seolah-olah dia tidak lagi mempedulikan dirinya,” katanya.


Selama tiga minggu lalu, Cole berada di Biarritz, Perancis untuk merawat kecederaan pada buku lalinya.


Dia pulang ke Britain menaiki jet peribadi pemilik Chelsea, Roman Abramovich sebelum menggunakan limosin untuk ke rumahnya di Surrey dan tiba di situ kira-kira jam 7 malam.


Difahamkan, ibu Cheryl, Joan Callaghan, turut ada di rumah berkenaan.


Sebelum pertemuan itu, Cole memberitahu rakannya, dia yakin dapat bersatu semula dengan Cheryl.


“Cole berazam mendapatkan semula Cheryl sebelum Piala Dunia bermula,” katanya.

Sementara itu, rakan Cheryl berkata, selebriti itu belum memutuskan sama ada meneruskan rancangannya bercerai atau tidak.


“Dia belum membuat keputusan, cuma mahu tidak diganggu seketika,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: