Sunday, March 7, 2010

AS dolak-dalik kutuk Israel


MASYARAKAT Islam di Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa kelmarin di sebalik kawalan keselamatan ketat oleh pihak berkuasa Israel.


KETEGANGAN memuncak kelmarin selepas 17 penduduk Palestin cedera bertempur dengan tentera Israel menjelang pertemuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu esok.

Selain itu, enam sekeluarga Palestin maut apabila kereta mereka bertembung kenderaan tentera Israel di Tebing Barat manakala Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menuduh Israel membuat provokasi bagi menggagalkan rundingan damai.

Bantahan rakyat Palestin semakin berterusan ekoran keputusan Israel memasukkan Masjid Al-Aqsa sebagai tapak warisan negara itu dan mereka membaling batu ke arah anggota-anggota polis Yahudi yang sengaja melintasi masjid untuk mengawal masjid itu.

Dalam pada itu, AS berdolak-dalik apabila menafikan menyokong ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York yang mengutuk tindakan Israel menggunakan kekerasan bagi menangani protes penduduk.

Kekeliruan timbul apabila AS mendakwa tidak bersetuju dengan draf kenyataan itu, namun beberapa diplomat kanan yang terlibat mendakwa delegasi AS tidak menentang versi akhir teks dan terkejut dengan penafian AS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: