Wednesday, March 10, 2010

Along kejam diberkas

GOMBAK: Seorang ceti haram atau along kejam yang sebelum ini dilaporkan mengurung tiga peminjam seperti binatang diberkas pegawai Imigresen selepas cuba melarikan diri ke Singapura.

Suspek yang amat dikehendaki polis dan bersembunyi hampir 11 bulan lalu dipercayai keluar dari sarang persembunyian selepas menyangka kes jenayah dilakukan sebelum ini sudah dilupakan polis. Sumber polis berkata, suspek yang berusia 22 tahun itu diberkas selepas dikesan cuba untuk melarikan diri ke Singapura melalui pintu keluar imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.


Menurutnya, suspek cuba untuk menyusup keluar jam 2 petang kelmarin dengan memandu kereta Proton Wira bersendirian.


“Namun, pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di pintu keluar negara mula mengesyaki identiti suspek sebelum melakukan siasatan terperinci berhubung maklumat pada pasport dan plat kenderaan suspek.


“Hasil pemeriksaan, suspek dikenal pasti sebagai penjenayah yang dikehendaki polis berhubung kes mengurung beberapa lelaki yang gagal melunaskan hutang kepada sindiket ceti haram Mei tahun lalu,” katanya.


Menurutnya, suspek diberkas sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Selatan untuk tindakan lanjut.

Polis Daerah Gombak yang dimaklumkan berhubung kes terbabit mengambil suspek di IPK Johor sebelum dihantar ke Balai Polis Rawang jam 2.30 pagi semalam.


Suspek kemudian dibawa pegawai polis ke Mahkamah Majistret Gombak kira-kira jam 11 pagi semalam untuk mendapat perintah tahanan reman empat hari bagi membantu siasatan.

1 comment:

  1. Anda perlukan wang? Jangan risau! Hubungi saya Yus di 017-3031533 untuk pinjaman sehingga RM100 ribu. Juga jika memerlukan artis-artis atau wanita-wanita cantik untuk teman tidur anda boleh hubungi saya. Kepuasan terjamin!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: