Sunday, March 28, 2010

Album Faizal Tahir tak layak ke AIM


FAIZAL TAHIR


PENYANYI yang makin popular dengan lagu Selamat Malam ini baru saja meluncurkan album barunya bulan ini. Tiba-tiba, Diva dengar album kedua Faizal Tahir itu sudah pun tercalon dalam Anugerah Industri Muzik untuk beberapa kategori.

Setahu Diva, tarikh tutup untuk menyertai AIM adalah pada bulan Disember lalu. Macam mana pula si Faizal ini dapat bertanding dengan albumnya sedangkan ia baru saja siap?

Namun, di sebalik keraguan itu, Diva nak jugalah ucapkan tahniah sebab album Adrenalin laris walaupun baru dipasarkan. Tinggal lagi Diva belum sempat mendengarkannya.

Cuma Diva harap si Faizal sekali-sekala dapat keluar dengan rock sebenar dan gimiknya tidak perlulah dibuat-buat sebab ada masanya mencacatkan imej seorang rocker. Jadilah macam rockers dulu-dulu yang selamba tapi aura mereka melimpah-ruah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: