![]() |
| |
BERDASARKAN ensiklopedia yang ayah beli, kami adik-beradik akan melakukan uji kaji di rumah. Contohnya, menanam taugeh daripada kacang dan menghasilkan kulat daripada roti,” kata Aina mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya.
Minat gadis berusia 24 tahun ini dalam bidang penyelidikan terus bercambah hingga dia mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam bidang bioteknologi di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah.
Antara pencapaian yang membanggakan Aina adalah menghasilkan penawar untuk penyakit gatal-gatal kulit menggunakan rumput Malaysia.
“Sebenarnya itu petua orang tua yang saya peroleh daripada arwah nenek. Berdasarkan petua itu, saya dan kawan-kawan menjalankan penyelidikan terperinci dengan menggunakan sampel penyakit kulit dari hospital,” katanya.
Penyelidikan tersebut membuahkan hasil dan gadis berasal dari Bangi, Selangor itu berbangga lantaran ia merupakan penyelidikan pertama membabitkan tumbuhan liar tersebut.
“Pensyarah tidak mahu tumbuhan biasa yang sudah terkenal sebagai penawar penyakit. Jadi saya terpaksa minta pendapat nenek,” katanya lagi.
Aina yang kini sedang menyiapkan tesis pengajian sarjana dalam bidang hortikultur berharap minatnya mampu memberi sumbangan dalam meningkatkan bidang bioteknologi negara. Dan dia juga meletakkan harapan tinggi untuk menjadi seorang penyelidik berjaya suatu hari nanti.
Sebagai seorang wanita, Aina juga mementingkan penampilan dan berpendapat wangian One Drop Perfumes yang menaja ruangan ini memberi peluang kepada wanita menyerlahkan keyakinan diri.
“Wangian juga mampu menjadi perantara komunikasi. Bagi saya, orang yang memakai haruman berasa lebih yakin berbanding yang tidak menggunakannya,” kata Aina menutup perbualan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: