Friday, September 4, 2009

Tidak boleh sekat Spiderman ke Malaysia


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen tidak boleh menghalang Alain Robert, 47, yang lebih dikenali sebagai Spiderman Perancis ke Malaysia kerana lelaki itu masuk ke negara ini melalui saluran yang sah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, Robert masuk ke negara ini sebagai seorang pelancong.

“Kita tidak boleh menyekat kemasukan Robert sebab dia masuk sebagai seorang pelancong dan dia menggunakan saluran yang betul,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan Kosmo! semalam mengenai kegagalan pihak berkuasa mengawasi kemasukan Robert ke negara ini biarpun lelaki Perancis itu telah mempunyai rekod dua kali ditahan atas kesalahan menceroboh Menara Berkembar Petronas beberapa tahun lalu.

Menurut Abdul Rahman, Imigresen juga tidak mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam atau mengharamkan kemasukan mana-mana warga asing termasuk Robert kerana terletak di bawah bidang mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: