
BANGI - RJH Consultants & Services Sdn. Bhd (RJH), syarikat pengendali dan penyedia perkhidmatan mengangkut kenderaan di negara ini, berhasrat untuk menambah bilangan kenderaan pengangkutnya mulai tahun hadapan.
Menurut Pengarah Urusannya, Mohd. Hafiz Abdul Rashid, perancangan itu melibatkan pembelian tiga buah lori pengangkut kereta dan dua buah treler yang melibatkan kos pelaburan kasar antara RM1.5 juta sehingga RM2 juta.
Menurut beliau, ketika ini, pihaknya sudah mempunyai tujuh buah lori pengangkut kereta yang menjadi penyedia perkhidmatan bagi penghantaran pelbagai jenama kereta tempatan dan juga antarabangsa.
"Pembelian kenderaan ini sejajar dengan rancangan pembangunan kami yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan jadual penghantaran kenderaan pelanggan di samping meningkatkan lagi taraf perkhidmatan RJH," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: