Friday, September 4, 2009

Mydin Mart tawar harga borong


ROSLEE menunjukkan buah kurma yang boleh dibeli dengan harga yang rendah di Mydin Mart, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Bagi membantu peniaga kecil khususnya peniaga pasar malam menambah pendapatan sempena musim perayaan ini, pasar raya Mydin Mart mengadakan jualan harga runtuh bagi pembelian barangan secara borong.

Antara barangan menariknya ialah kurma yang dijual pada harga serendah RM5.90 sekotak berbanding harga jualan RM7.90 di pasar raya, butang baju Melayu yang dijual 70 sen dan keronsang RM1 sahaja.

Pengarah Urusan Mydin Mart, Roslee Yaacob berkata, konsep perniagaan ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil mendapatkan keuntungan sehingga 100 peratus," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, peniaga tidak perlu bimbang mengenai kehabisan stok kerana bekalan di pasar rayanya mencukupi.

Selain itu, bersempena membantu umat Islam di negara ini menyediakan keperluan untuk sambutan Hari Raya, Mydin Mart telah menyediakan pelbagai barangan keperluan seperti langsir, cadar, kuih raya, songkok, kain pelekat, alas meja, balang kuih dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: