Saturday, September 5, 2009

Michelle Williams nafi Destiny's Child akan bersatu semula

Bekas anggota kumpulan Destiny's Child. Dari kiri: Kelly Rowland, Beyonce Knowles, Michelle Williams.

PENYANYI Michelle Williams menafikan dakwaan dia ada mengatakan Destiny's Child akan bersatu semula.

Akhbar tabloid British memetik kenyataannya sebagai berkata, "Ia memang akan berlaku, kami seperti adik beradik, kami mahu bekerjasama lagi sebagai Destiny's Child."

Bagaimanapun, dia menulis dalam laman Twitter mengatakan kenyataannya telah disalah eritkan.

"Saya tidak pernah mengatakan Destiny's Child akan bersatu semula. Hanyak kerana saya mengatakan kami menyayangi satu sama lain seperti adik-beradik... mereka guna kenyataan itu untuk diputarbelik! Maafla," katanya dalam laman web Twitter.

Bekas anggota kumpulan Destiny's Child termasuklah Beyonce Knowles dan Kelly Rowland.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: