
BIARPUN usia pelakon ini sudah mencecah separuh abad, Demi Moore bertegas dia mahukan seorang lagi cahaya mata.
Demi, 46, sebelum ini sudah pun mempunyai tiga orang cahaya mata bersama bekas suaminya, Bruce Willis menyatakan dia merasakan dirinya belum cukup tua untuk membesarkan seorang lagi anak.
Malah, Demi memberitahu dia sudahpun berbincang mengenai perkara itu dengan suami mudanya, Ashton Kutcher, 31.
"Mengapa tidak untuk seorang lagi anak? Banyak perkara yang perlu kita ceriakan dalam hidup ini dan anak adalah salah satu daripadanya. Aku seorang yang sangat berpandangan jauh dan terbuka tentang semua peluang dalam hidup ini," kata Demi.
Demi menjadi isteri kepada Ashton sejak empat tahun lalu, turut menegaskan perbezaan usia antara dia dan suaminya tidak pernah menjadi masalah kepada mereka.
"Kami memang berada pada tahap yang berbeza dalam hidup dan perjalanan karier kami. Namun, kami melihat pada sudut yang positif untuk mencari kebahagiaan," katanya kepada majalah Marie Claire.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: