PENYANYI dan Pelakon Hollywood Lindsay Lohan akui dia mahu kehidupan yang popular seperti idolanya Britney Spears.
Lindsay mula dikenali apabila berlakon dalam filem Disney 'The Parent Trap' dan kemudian pada tahun 2004 dala filem 'Mean Girls'.
Menurutnya dia tahu betapa sukar untuk menjadi popular dan harga yang harus dibayar untuk mengecapinya.
"Semua orang mempunyai masa yang sukar. Saya mula meminati Britney sejak dari bangku sekolah lagi. Saya tahu untuk menjadi seorang yang hebat sepertinya, seseorang itu juga haruslah bersedia untuk menghadapi cabaran," kata Lindsay.
Walaupun diselubungi pelbagai masalah, Lindsay mengatakan dia tidak kesal dengan apa yang berlaku terhadap dirinya kerana semua perkara tersebut telah memberi pengajaran buatnya.
Sebelum ini dia pernah ditahan dua kali kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah menjalani rehabilitasi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: