Lil Wayne menerima anugerah Artis Hip Hop Lelaki terbaik pada Anugerah BET 09 di Los Angeles, 28 Jun 2009.LIL Wayne kini merupakan penyanyi rap yang mempunyai jumlah pendapatan paling tinggi iaitu sebanyak 42 juta dolar untuk tahun ini sahaja. Kini terbukti Lil Wayne merupakan raja hip-hop yang baru.
Pesaing yang ditewaskannya bukanlah calang-calang selebriti, ini termasuklah 'heavyweight' seperti Jay-z dan juga Kanye West. Dia membuat 78 persembahan dari bulan Disember 2008 hingga September 2009.
Penyanyi yang popular dengan lagu '99 Problems' menduduki tempat kedua dengan jumlah pendapatan sebanyak 34.6 juta dolar daripada 28 persembahan yang dilakukannya sejak tahun lepas bersama-sama dengan Mary J. Blige.
Pemenang anugerah Grammy, Kanye West berada ditempat yang ketiga. 49 persembahan yang dilakukannya berjaya mengutip 30.8 juta dolar.
Angka tersebut adalah yang dikeluarkan oleh carta muzik Billboard.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: