Tuesday, September 1, 2009

Keira bersaing dengan Scarlett untuk filem 'My Fair Lady'

Keira Knightley akan bersaing dengan Scarlett Johansson untuk melakonkan watak Eliza Doolittle dalam filem 'My Fair Lady'.

WATAK Eliza Doolittle dalam filem lakonan semula 'My Fair Lady' akan dipegang samaada oleh Keira Knightley atau Scarlett Johansson.

Pada tahun 1964 watak tersebut dipegang oleh Audrey Hepburn, iaitu karakter seorang gadis yang menjual bunga.

Bintang filem 'Pirates of the Carribean', Keira, mengatakan dia sudahpun menyertai sesi uji bakat untuk filem itu dan kini sedang berlatih menanyi.

Bagaimanapun dia sudah dimaklumkan bahawa saingannya untuk memegang watak itu juga bukan calang-calang selebriti, ia merujuk kepada bintang Hollywood, Scarlett Johansson.

Scarlett Johansson.

"Saya ada dua orang calon yang berbakat untuk watak Elizas, seorang adalah berbangsa British dan seorang lagi berasal adalah rakyat Amerika," kata produser filem itu, Sir Cameron Mackintosh.

Emma Thompson dikatakan akan menulis skrip filem itu dan Stephen Daldry akan menjadi pengarah.

Selain itu Daniel Craig juga dilaporkan akan memengang watak Professor Henry Higgins.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: