Monday, September 28, 2009

Jutawan Arab mahu bina tembok pemisah


GAMBAR menunjukkan lakaran tembok besar yang bakal dibina mengelilingi kawasan Ascot Place, Windsor.


WINDSOR - Hasrat seorang bilionair Arab membina tembok besar mengelilingi rumah mewah miliknya di England mencetuskan bantahan penduduk tempatan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Tembok itu dirancang dibina oleh Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan (gambar kecil), pemerintah Abu Dhabi dari Emiriyah Arab Bersatu yang membeli Ascot Place pada 1989 dengan harga £19 juta (RM106 juta).

Baginda yang membelinya daripada pewaris Mercedes-Benz,Mick Flick, merancang membina tembok setinggi 2.2 meter di sekeliling 162 hektar kawasan sekitar rumah kurun ke-18 itu.

Pelan rancangan itu baru-baru ini sudah diluluskan oleh pihak berkuasa Bracknell Forest Borough Council dengan panjang 6.4 kilometer dan menelan kos sebanyak £2.2 juta (RM12 juta).

Pihak pemaju menjangkakan keseluruhan tembok itu bakal menggunakan bilangan batu-bata yang mencukupi untuk membina sehingga 150 buah rumah dengan lima bilik.

Pembinaan tembok itu yang diluluskan tanpa mendapat pandangan masyarakat tempatan itu mendapat bantahan daripada empat persatuan penduduk di kawasan tersebut.

"Windsor Great Park yang bersebelahan pun tiada tembok," kata seorang pesara guru, Daphne Harrison.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: