Monday, September 28, 2009

Juliana Evans tidak mahu jadi bahan gosip media

Juliana Evans ialah pelakon, model dan pengacara Gadis Melayu musim kedua.

DI kala umat Islam sibuk mengembara untuk mengunjungi sanak-saudara pada Hari Raya, Juliana Evans, 20, memilih berkampung sahaja di Bagan Datoh, Perak untuk mencari keheningan Syawal.

Pelakon, model dan pengacara Gadis Melayu musim kedua itu berkata, dia sangat sibuk belajar sambil bekerja dan saat-saat rayalah dia dapat "menjadi orang biasa".

Katanya, dia dapat mendengar desiran daun-daun pokok dan kicauan burung-burung di kampung halaman bagaikan satu simfoni berbanding bunyi hon kenderaan serta hiruk-pikuk kota.

"Berbaring berdekatan rumah api sambil ditiup angin laut ditambah pula melodi hempasan ombak adalah amat mendamaikan!

"Walaupun saya hanya dapat menghabiskan masa sebanyak lima hari, tetapi saya gembira dapat berjumpa dengan sepupu, pakcik, dan anak-anak saudara saya," kata Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans.

Beliau ditemui semasa sesi penggambaran selebriti bersama chef pastri Hotel Istana sempena penglibatan hotel tersebut dalam The 3rd Choc Cake Championship, baru-baru ini.

Juliana yang sedang belajar bidang komunikasi massa di Kolej Sunway berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran filem 'Adik Manja Returns'.

"Minggu depan, saya akan berlakon dalam satu telemovie di bawah syarikat perfileman Visionworks. Tajuknya belum ditentukan lagi. Ia akan tukar.

Sesi gambar sempena penglibatan Hotel Istana di The 3rd Choc Cake Championship. Dari kiri: Raja Farah, Intan Ladyana, Diana Danielle dan Juliana Evans.

"Di antara acara-acara tersebut, saya akan terlibat dalam sesi fotografi atau perfileman," katanya.

Walaupun jadualnya padat dengan aktiviti kolej dan kerja-kerja, Juliana masih meluangkan masa untuk bercuti dengan kawan-kawan.

"Saya akan beriadah dengan kawan-kawan pada hari minggu.. Kalau di rumah, saya online.. Sekarang pun saya belajar main gitar," katanya yang juga suka bersukan.

Antara sukan kegemaran Juliana termasuk bola jaring, skateboarding dan futsal yang mana dulu dia merupakan wakil sekolah.

Ditanya mengenai kisah percintaannya dengan Sam, penyanyi utama kumpulan Bunkface, Juliana memilih menyimpan kemas perkara tersebut.

Para selebriti bersama Chef Kumaran Arumugam mempamerkan kek-kek yang bakal dipertandingkan pada 3 Oktober ini, dari 3p.m. hingga 5p.m., di Great Eastern Mall. Hasil jualan kek tersebut adalah untuk tujuan amal.

Umum mengetahui percintaan Juliana dan Sam bermula apabila Juliana digandingkan dengan Saleha iaitu adik kepada Sam dalam sebuah drama.

Bagi pengacara jelita ini, dia tidak ingin persahabtan dengan Sam menjadi bahan gosip oleh media. Lagipun, dia ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya terlebih dahulu.

"Saya terpaksa menolak beberapa tawaran filem dan pengacaraan kerana masa tidak mengizinkan saya untuk belajar," katanya yang bercita-cita untuk bekerja dalam bidang penyiaran (broadcasting).

Menurut Juliana, dia menggunakan masa empat hari dalam seminggu untuk belajar dan selebihnya untuk penggambaran filem ataupun pengacaraan.

Gadis kacukan Melayu - British ini tidak letih menceburi bidang baru kerana ingin mendapatkan lebih banyak pengalaman serta pengetahuan, Misalnya, dia cuba menghos bidang fesyen dan muzik pula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: