NEW YORK - Seorang doktor palsu, Michail Sorodsky (gambar) dikenakan ikat jamin tertinggi di Amerika Syarikat (AS) iaitu sama ada membayar tunai sebanyak AS$11 juta (RM38.8 juta) atau menerusi bon AS$33 juta (RM116.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
"Mahkamah mengenakan ikat jamin mahal itu untuk memberikan mesej kepadanya bahawa dia tiada harapan untuk bebas dan akan dimasukkan ke penjara," kata satu sumber.
Peguam Negara AS, Andrew Cuomo menyatakan bahawa Sorodsky, 62, merupakan pengamal perubatan tanpa diiktiraf sejak 1995 dan disyaki mencabul sekurang-kurangnya lapan pesakit wanita yang mendapatkan rawatan di pejabatnya dekat sini.
|
|
Bagi kesalahan tersebut, kata Cuomo, dia dikenakan ikat jamin dengan wang tunai AS$1 juta (RM3.5 juta) atau bon AS$3 juta (RM10.5 juta) apabila pertama kali didakwa pada tahun lalu.
Namun, pada bulan lalu, beberapa lagi mangsa tampil membuat pengaduan sekali gus membuka dakwaan terbaru selain satu kes berasingan terhadap Sorodsky.
Berikutan perkembangan itu, Hakim Vincent Del Giudice mengenakan ikat jamin dengan wang tunai AS$10 juta (RM35.2 juta) tunai atau AS$30 juta (RM105.8 juta) dalam bentuk bon untuk kes terbaru itu.
Ikat jamin yang dikenakan itu menjadikan jumlah keseluruhan ialah AS$11 juta manakala bon sebanyak AS$33 juta.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: