Sunday, September 6, 2009

Eton dibuang keluarga?

PADA majlis berbuka puasa seniman dan seniwati veteran di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Khamis lalu penyanyi Zaiton Sameon, 53, turut membuat persembahan.

masa dia menyampaikan lagu Menaruh Harapan, Zaiton atau Eton berkata sempena bulan Ramadan ni tiga perkara yang membuatkan dia sedih.

Yang pertama dia mengenangkan anaknya Azirwan Abu Bakar yang meninggal dunia 19 tahun lalu, kedua kematian ibu dan bapanya dan ketiga dia dibuang keluarga.

Masa Niezam berborak dengan Eton, bergenang air mata dia menceritakan kesusahan dia hari ini.

Dia macam tak ada tempat bergantung hidup seolah-olah mengharapkan belas ehsan orang bagi mencari sesuap nasi.

“Saya sedih bila mengenangkan hidup jadi orang terbuang. Adik beradik semuanya tak pedulikan saya lagi. Orang luar pula yang jaga kita,” ujarnya.

Kata Eton dia bersyukur walaupun hidup susah tetapi kesihatan dia masih baik. Cuma tahap pemikirannya belum baik 100 peratus selepas kemalangan ngeri yang turut mengorbankan anaknya pada tahun 1990 itu.

Sekarang ini Eton dijaga oleh rakan baiknya yang dikenali sebagai Muslina, 53, di Johor Bahru.

Menurut Muslina, dia jaga Eton sebab kasihan dengan hidupnya yang terabai. Malah Muslina anggap Eton macam adik beradiknya sendiri.

“Eton tak terus menetap di Johor tetapi kadang-kadang dia pulang juga ke rumah rakan dia Seremban. Saya anggap dia macam saudara sebab sedih tengok hidup dia yang tidak dipedulikan adik beradiknya yang lain,” kata Muslina.

Tapi nasib baik juga dia dapat pencen bulanan pemberian Persatuan Karyawan Malaysia sebanyak RM500 sebulan. Sedikit sebanyak dapat juga dia menampung apa-apa yang patut.

Niezam terfikir juga apa akan jadi pada Eton jika tiada siapa hendak menjaganya suatu hari nanti?

Takkan kita nak tengok dia terus menaruh harapan untuk hidup selepas ini?

Harap-harap selepas ni ada pihak yang sudi membela nasib Eton yang dirundung malang itu.

NIEZAM: Syukur keluarga bahagia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: