Saturday, September 12, 2009

Dua maut kereta bertembung lori


AHLI keluarga meratapi jenazah dua beradik yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Jerteh di Besut semalam.


BESUT - Seorang bapa, Anuar Abdul Rahman, 44, tidak menyangka serpihan kaca yang dilanggar ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Padang Baloh, Hulu Besut di sini malam kelmarin adalah milik kereta anaknya.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, dua anaknya iaitu Nur Izzati, 17, dan Muizz Anuar, 15, terkorban selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah lori di KM 94 Jalan Kuala Terengganu - Jerteh di Kampung Renek.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap serpihan kaca itu adalah kesan kemalangan yang berlaku sebelum ini.

"Bagaimanapun sebaik tiba di Kampung Bukit Cina, saya dihubungi seseorang memaklumkan dua anak saya maut dalam kemalangan di tempat tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: