Monday, September 28, 2009

Balai Chow Kit dikelilingi pelacur


Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur yang dibina untuk membanteras kejadian jenayah di kawasan sekitarnya.


KUALA LUMPUR - Sebut saja nama Chow Kit di sini, ramai yang terbayang sebuah kawasan yang penuh sesak, kotor, banyak jenayah, penagih dadah, pondan mahupun pelacur.

Mengikut pengunjung Chow Kit, imej di kawasan itu masih kekal sedemikian dan yang berubah mungkin orang bersilih ganti dengan kini ia menjadi tumpuan warga asing.

Mereka yang jarang ke Chow Kit pula mungkin terpinga-pinga atau kebingungan apabila dikelilingi begitu ramai warga asing.

Bagaimanapun, satu keistimewaan di Chow Kit ialah harga barangan seperti barang dapur, pakaian dan barang tiruan yang dijual di sini amat murah.

Bukan setakat itu saja, khidmat pelacur atau pondan yang telah wujud berzaman juga kekal murah.

Berikutan masalah sosial dan jenayah keterlaluan di Chow Kit, kerajaan membina sebuah balai polis di situ yang beroperasi sejak 1 Ogos lalu dengan kekuatan 40 anggota polis yang diketuai seorang Inspektor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supritendan Sulaiman Salleh berkata, dengan kewujudan balai itu ia diharap mampu memberi khidmat cegah jenayah kepada kira-kira 80,000 penduduk di situ.

Menurut beliau, balai itu belum dirasmikan dan majlis itu dijangka diadakan pada bulan ini.

"Disebabkan balai itu baru, hanya kes-kes jenayah tertentu yang ditumpukan buat masa ini terutama kes ragut manakala masalah pelacur akan diberi perhatian kemudian," kata beliau baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: