Tuesday, September 1, 2009

Avon sedia kemudahan kredit untuk semua wakilnya

PETALING JAYA - Avon Cosmetics (M) Sdn. Bhd. (Avon), akan memperuntukkan sebanyak RM70 juta sebagai kemudahan kredit kepada wakil Avon untuk memulakan perniagaan masing-masing dengan lebih serius pada tahun ini.

Menurut Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah, kemudahan kredit yang dianggap sebagai modal perniagaan itu tidak akan dikenakan sebarang cagaran kepada wakilnya yang memohon.

Katanya, kemudahan kredit yang telah diperkenalkan sejak tahun 2003 itu hanya diagihkan kepada wakilnya yang aktif sahaja, tetapi kini ia telah dibuka kepada semua ahli yang sah dan telah mendaftar sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun, syarat utamanya ialah wakil Avon berkenaan perlu mencapai jualan terkumpul sebanyak 1,000.

"Tiada syarikat lain yang memberikan kemudahan seperti ini, ia bertujuan untuk menambah pendapatan wakil Avon dan sehingga kini kami memiliki 50,000 wakil yang telah mendapat manfaat daripada kemudahan kredit ini," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: