Tuesday, September 1, 2009

Ainul Aishah temui cinta baru

PERCUBAANNYA untuk terjun ke bidang nyanyian bukan kerana mengikut'trend' atau sekadar suka-suka.

Menurut pelakon Ainul Aishah yangmesra dengan panggilan Ain ini, bergelar penyanyi adalah impiannyasejak kecil lagi.

Namun, tuahnya dalam bidang seni nampaknya lebih memihak pada bidanglakonan.

Tutur gadis berusia 24 tahun ini, dia sendiri tidak menyangkamelangkah di dalam arena ini sebagai pelakon, bukannya penyanyiseperti yang diimpikannya.

Meskipun begitu, Ain tidak pernah berasa hampa.

Bagi pelakon kelahiranKuala Lumpur ini, dia menganggap apa yang diraihnya sehingga hari iniadalah rezeki. Ternyata langkahnya di dalam bidang lakonan tidaksia-sia.

Saban hari, tawaran berlakon yang diterima semakin lebat.

Malah, akuiAin sendiri, tahun ini rezekinya semakin berlipat ganda berbandingtahun-tahun sebelumnya.

Terbaru, anak kedua daripada empat beradik ini sedang menjalanipenggambaran drama bersiri 44 episod berjudul Cinta Balqish.

"Alhamdulillah, tawaran berlakon tidak pernah putus. Inilah dinamakanrezeki. Selain Cinta Balqish, saya juga membintangi telemovie Zoey &Joey dan selepas Hari Raya nanti, drama bersiri Senja Rampai pula akanmenyusul untuk siaran di Astro Prima.

"Tetapi sempena Ramadan ini, saya ambil keputusan untuk berehat duludan akan bersambung semula selepas Hari Raya nanti," ujar Ain yangditemui pada majlis berbuka puasa artis-artis Aquila Emas bersamaanak-anak yatim, baru-baru ini.

Dalam pada itu, kata Ain, dia juga akan meneruskan hasratnya untukbergelar penyanyi dan sedang di dalam perancangan untuk menghasilkansingle sulungnya.

"Buat permulaan, saya akan tampil dengan single dulu yang merupakanhasil ciptaan saya sendiri. Tapi akan ada orang yang tolong buat'arrangement' kelak.

"Dan lagu itu nanti akan berkonsepkan 'pop country', satu genre yangrasanya belum pernah dibuat di negara ini," ujar pelakon yang muladiperkenalkan menerusi filem 'Nana Tanjung'.

Dalam perkembangan lain, Ain juga kini berada di bawah naunganpengurusan Aquila Emas sejak Mei lalu bersama artis-artis sepertiZizan Nin, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Zed Zaidi dan Airis Yasmin.

"Seronok berada di bawah pengurusan syarikat ini. Perjalanan karierlebih teratur. Sekurang-kurangnya, ada pihak yang boleh membantu sayadalam industri ini," katanya dalam nada ceria.

Sedang dibuai cinta

Jika diikutkan tuan empunya diri, dia tidak mahu lagi terlalumendedahkan tentang kisah cinta.

Bukan ingin terlalu berahsia, tetapibagi Ain, dia tidak mahu sering menonjol dengan kisah peribadi.

Namun, berkali-kali dipujuk, gadis ini akhirnya gagal menolakpertanyaan tentang subjek cinta.

Setelah hubungan yang terjalin selama kira-kira dua tahun denganseorang anggota kumpulan indie terputus awal tahun ini, Ain akui, diakini sudah menemui 'seseorang' dan sedang di dalam proses perkenalanlanjut dengan jejaka tersebut.

"Baru sebulan mengenali dia. Kami mula bertemu di pejabat ayahnya,ketika itu saya terlibat dengan penggambaran di lokasi tersebut. Diajuga bekerja di sana.

"Memang hubungan ini masih terlalu baru, jadi saya tidak mahu terlalubercakap tentang perkara ini," kata Ain tentang hubungannya denganahli perniagaan muda berusia 22 tahun itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: