Sunday, September 13, 2009

10 ditangkap gaduh di luar masjid


BEBERAPA anggota polis cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku di luar sebuah masjid di Harrow, London Utara kelmarin.


BRITAIN memerlukan dasar baru untuk menangani isu berkaitan dengan eksploitasi rasis berikutan kejadian yang berlaku di luar sebuah masjid di London.

Setiausaha Komuniti Britain, John Denham memberitahu akhbar The Guardian satu strategi baru daripada kerajaan diperlukan untuk menangani isu yang cuba dieksploitasi oleh pelampau kaum.

Beliau membuat kenyataan itu selepas pasukan pencegah rusuhan polis menangkap 10 orang kelmarin dalam satu pergaduhan antara penunjuk perasaan beragama Islam dengan kumpulan anti-Islam di luar sebuah masjid di London.

Menurut Denham, menteri-menteri akan mendedahkan program kerajaan itu yang menjadikan komuniti berkulit putih dan kelas pekerjaan sebagai sasaran.

Pada kejadian yang berlaku Jumaat lalu, polis membuat tangkapan dan meleraikan tunjuk perasaan selepas sekumpulan pemuda Muslim membaling kayu dan batu ke arah sekumpulan penunjuk perasaan anti-Islam.

Kira-kira 1,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu.

Seorang penunjuk perasaan, Khairul Khan berkata, penunjuk perasaan Islam sebenarnya tidak menunjukkan perbuatan agresif.

"Kami cuma mempertahankan masjid kami. Kami cuba untuk menghentikan mereka daripada menyerang rumah Tuhan kami," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: