PELARI pecut Jamaika dan pemenang pingat emas sukan Olimpik, Usain Bolt mengatakan dia mahu pelakon British, Jason Statham melakonkan wataknya dalam sebuah filem yang mengisahkan perjalanan hidupnya.
"Saya tidak dapat mengingati namanya tetapi dia telah berlakon di dalam filem 'The Transporter' dan 'The Italian Job'," kata Bolt.
Dengan tidak menghiraukan pelakon-pelakon kulit hitam seperti Will Smith dan Anthony Mackie, pelari pecut ini mengatakan biarpun Statham kurang dikenali namun lakonannya yang baik dalam dua buah filem tersebut membuatkan dia mengagumi pelakon ini.
"Anda mungkin akan berfikiran Bolt akan memilih seorang pelakon kulit hitam seperti Will Smith, tetapi Bolt benar-benar membuat pilihan yang berlainan," kata satu sumber.
"Bolt seharusnya sedar Statham adalah seorang pelakon kulit putih, tetapi siapa tahu, mungkin Statham masih mampu melakukan sesuatu yang baik seperti dua buah filem lakonannya itu. Tiada siapa akan terkejut jika Statham menerima tawaran ini," tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: