Saturday, August 29, 2009

Suami buat hubungan sulit dihukum


TAYLOR memakai poster yang mengandungi penjelasan dia menipu isterinya.


CENTREVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang suami di Virginia, William Taylor diarahkan berdiri oleh isterinya di tempat awam sebagai satu bentuk hukuman kerana dia melakukan hubungan sulit, lapor sebuah akhbar semalam.

Taylor turut memakai poster yang mengandungi ayat: "Saya menipu. Inilah hukuman saya."

Dia berdiri di tepi sebuah simpang di sini manakala poster itu digantung pada lehernya baru-baru ini.

Taylor memberitahu, isterinya mendapat idea untuk membuat hukuman itu selepas mendapati dia ditipu.

Isterinya menemui bukti hubungan sulit suaminya menerusi telefon bimbitnya.

"Pada mulanya saya beranggapan hukuman itu merupakan satu gurauan tetapi isteri saya serius," kata Taylor kepada sebuah stesen televisyen.

Taylor diminta memakai poster itu selama seminggu tetapi selepas dia berdiri selama beberapa jam, isterinya menelefonnya untuk memberitahu bahawa hukuman itu berakhir.

Berpuluh-puluh pemandu membunyikan hon apabila mereka melihat Taylor berdiri di simpang itu pada waktu pagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: