Friday, August 28, 2009

Penyanyi utama Fall Out Boy ditahan

Fall Out Boy, dar kiri: Pete Wentz, Patrick Stump, Joe Trohman dan Andy Hurley.

PENYANYI utama kumpulan Fall Out Boy, Patrick Stump telah ditahan oleh pihak polis pada Selasa malam di Hollywood, lapor satu sumber.

Penyanyi rock itu telah ditangkap sebelum tengah malam di Hollywood oleh pihak trafik kerana memandu tanpa lesen.

Stump telah dibawa ke stesen Sheriff di Barat Hollywood. Bagaimanapun Stump telah membayar sebanyak 15,000 dolar Amerika dan dibebaskan pada jam 5 pagi hari Rabu.

Fall Out Boy yang turut dianggotai Pete Wents sebagai pemain gitar bass telah dicalonkan untuk kategori Video Rock Terbaik pada MTV VMAs 2009.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: