Wednesday, August 26, 2009

Pasang GPS di lori gula

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kerajaan memasang Sistem Penentu Kedudukan Sejagat (GPS) di setiap lori gula bagi membolehkan ia dikesan dengan mudah.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, jika kaedah itu digunakan, kerajaan tidak perlu menempatkan pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri untuk memantau setiap perjalanan penghantaran gula.

"Saya bukan tidak sokong langkah kerajaan itu tetapi saya rasa ia tidak praktikal. PPIM telah lama mencadangkan agar semua lori dipasang dengan GPS.

"Ia bukan sahaja boleh mengesan pergerakan lori terbabit, malah boleh mengesan kelajuan dan kecurian. Ia lebih mudah daripada hantar orang untuk pantau," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: