JIRAN-JIRAN kepada Lindsay Lohan mahu aktres itu berpindah ke rumah lain kerana sudah tidak tahan dengan kehadiran paparazi yang memenuhi ruangan tempat letak kereta di luar rumah mereka.
Menurut jiran-jirannya lagi, sejak dua kali rumah Lindsay dipecah masuk, insiden tersebut sentiasa menjadi 'mimpi ngeri' kepada mereka.
"Kawasan perumahan disini sebenarnya sangat tenang dan tidak pernah berlaku kejadian kecurian.
"Macam-macam berlaku semenjak dia berpindah ke sini sejak November tahun lepas, sekarang ini semua paparazzi memenuhi ruang letak kereta untuk menunggunya balik," kata seorang jiran Lindsay.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: