|
|
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala (gambar) sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Najib berkata, beliau telah memaklumkan kepada Kabinet mengenai pelantikan itu pada Bengkel KPI Kabinet di Putrajaya semalam.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan pelantikan itu, katanya.
Idris, yang kini CEO dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines System (MAS), akan mengangkat sumpah sebagai senator pada tarikh yang ditetapkan kelak.
Idris dilantik sebagai CEO dan Pengarah Urusan MAS pada Disember 2005 selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.
Sebelum menyertai MAS, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: