LONDON - Atlet yang terjebak dalam kontroversi jantina, Caster Semenya mempunyai tahap hormon lelaki iaitu testoteron tiga kali ganda lebih tinggi berbanding wanita normal, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah akhbar Britain melaporkan penemuan tersebut hasil ujian perubatan sebelum pemenang pingat emas acara 800 meter wanita dari Afrika Selatan itu menyertai Kejohanan Dunia di Berlin pada minggu lalu.
Beberapa sumber memberitahu akhbar berkenaan bahawa penemuan itu menyebabkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) meminta badan olahraga Afrika Selatan mengadakan ujian penentuan jantina terhadap Semenya.
Atlet wanita itu pulang ke tanah airnya semalam semasa kontroversi sama ada dia ialah lelaki masih belum berakhir.
Sementara itu, Parlimen Afrika Selatan sedang melakukan persiapan untuk memfailkan aduan kepada Komisioner Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung layanan buruk IAAF terhadap atlet tersebut.
Ketika ini, Semenya masih melakukan beberapa ujian perubatan manakala keputusannya hanya akan diketahui dalam masa beberapa minggu lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: