KUALA LUMPUR: Sehari selepas seorang atlit ekuin negara mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha Sandha, pelakon itu teruk `diserang’ apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli, muncul di Internet.
Gambar pelakon dan model iklan itu memaparkan kemesraannya bersama Rizal dengan berpakaian serba putih yang agak seksi.
Enam keping gambar yang dipercayai dirakam pada majlis sambutan hari jadi seseorang, dikirim kepada Harian Metro menerusi e-mel selain dipaparkan di beberapa laman web hiburan tanah air.
Beberapa gambar artis jelita itu bersama Rizal ketika berada di trek lumba kereta turut berlegar di Internet.
Tidak dapat dipastikan bila dan di mana gambar itu diambil, malah Fasha sendiri enggan memberi sebarang komen apabila diajukan soalan mengenai gambar berkenaan dengan alasan bimbang kenyataannya akan disalah tafsir
“Ia gambar lama dan saya tidak tahu apa motif orang menghantar gambar itu ke Harian Metro. Lagipun gambar terbabit bukan kami berdua saja tetapi beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 25, berkata gambar itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia bukan menunjukkan sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Rizal.
“Siapa yang hendak memanaskan keadaan dengan gambar itu saya tidak tahu dan malas hendak komen, nanti salah tafsir.
“Lagipun tidak lama lagi, kita hendak sambut Ramadan, jadi lebih bagi saya mendiamkan diri,” katanya.
Menurutnya, buat masa sekarang dia hanya mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya, tambahan pula selepas menjadi model barangan kemas Habib Jewel.
“Memandangkan sekarang saya sudah menerima tawaran menjadi model selama dua tahun, jadi lebih baik memberi tumpuan lebih kepada karier,” katanya.
Harian Metro Rabu lalu melaporkan ekuin negara yang enggan namanya didedahkan, mengakui hubungan dengan Fasha sudah terjalin sejak setahun lalu dan difahamkan mereka bakal disatukan awal Januari depan.
Ekuin berusia 29 tahun itu dilaporkan berkata, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan sebaliknya akan membuat pengumuman bulan depan.
“Saya tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan dan kalau boleh biar saya bersikap diam diri. Saya tidak mahu apabila perkara ini dihebahkan, tumpuan saya pada kejohanan akan datang terjejas.
“Sekarang masih banyak masa, jadi kalau boleh saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Apabila keadaan mengizinkan, saya akan memberi penjelasan kepada anda (wartawan) semua,” katanya.
kira ok la tuu...hansem n cute,,,secocok plak tuuu...tahniah leerrr...klu dah suka sama suka,,,apa salahnya...
ReplyDeletekalu wak bini..hancusssss
ReplyDeletemasih xngaku perampas husband 0rg dah terang2 dah tu
ReplyDeletebodohny fasha sandha...
ReplyDeleteda kemaruk na berlaki ke??
ko mmg patut dpt laki mcm rizal tu...
buruk akhlak mcm ko jgak
fasha ni bkn ape......nak dpt perhatian vvvvvvvvvip ler tue....klu dh dpt laki yg da title 'd' esk lusa br ht nya puas........ye tak
ReplyDeleteFASHA SANDHA TU MEMANG GATAL NAMPAK DAH....LAKI ORANG PUN DIA KEBAS...NANTI KO RASA...
ReplyDeleteINGAT..KLU KO KEBAS LAKI ORANG NANTI ORANG KEBAS LAKI KO...RAASA KAU.